fb fb fb fb fb

Mayat warga emas berlumuran darah ditemukan dalam sebuah rumah

Foto RTM

IPOH, 12 Jun- Mayat seorang warga emas ditemukan berlumuran darah dalam sebuah rumah di Taman Mujur, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi RTM mengesahkan kejadian tersebut.

Jelas beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
 
Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan proses bedah siasat akan dijalankan esok.
 
Difahamkan, mangsa berusia 60 tahun itu tinggal di rumah berkenaan bersama anak lelakinya berumur 36 tahun.
 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD