fb fb fb fb fb

Gaduh di asrama, pelajar tikam rakan dengan dua pisau

Ketua Polis Daerah Ipoh, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad

IPOH, 12 Jun - Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun disyaki terbabit dalam pergaduhan sehingga menyebabkan kecederaan di sebuah sekolah menengah di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pelajar itu ditahan pada pukul 6 petang pada Selasa susulan laporan warden asrama sekolah itu mengenai pergaduhan melibatkan dua pelajar.

"Mangsa dan suspek merupakan rakan asrama. Mangsa telah ditikam di bahagian dada, belakang badan dan paha sebelah kanan dengan dua bilah pisau. Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Seri Botani di sini," katanya menerusi kenyataan.

Permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Ipoh.

Abang Zainal berkata pihaknya akan mengambil keterangan saksi-saksi bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN