fb fb fb fb fb

55 PATI ditahan dalam Op Kutip

Basri Othman

PUCHONG, 9 September - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 55 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu operasi Op Kutip di sebuah medan selera di Puchong, Selangor, malam ini.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Putrajaya, Basri Othman, berkata operasi itu dijalankan hasil aduan awam mengenai kehadiran pekerja asing di premis berkenaan.

"Seramai 334 individu diperiksa dalam operasi bermula pukul 6.30 petang hingga 7.30 malam itu, membabitkan 274 warga tempatan dan 60 warga asing.

"Daripada jumlah tersebut, seramai 55 orang PATI ditahan terdiri daripada 25 lelaki dan 30 wanita berusia antara 23 hingga 47 tahun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Op Kutip di sebuah medan selera di sini, semalam.

Mereka yang ditahan merupakan warga Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Myanmar, Vietnam serta beberapa negara lain.

Antara kesalahan dikenal pasti ialah menyalahgunakan pas, tinggal lebih masa, tiada dokumen pengenalan diri yang sah serta pemegang kad tidak diiktiraf.

Ketika operasi terdapat beberapa individu cuba melarikan diri namun berjaya ditahan hasil kepungan pasukan operasi.

"Kesemua tahanan akan ditempatkan di Imegresen Putrajaya untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007," katanya.

JIM turut mengingatkan orang ramai dan majikan supaya tidak melindungi PATI kerana tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap mereka.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI