fb fb fb fb fb

450 individu ditahan dalam Ops Tapis Khas SeMalaysia

KUANTAN, 31 Januari- Seramai 450 individu berusia antara 14 hingga 60 tahun, ditahan dalam dadah Ops Tapis Khas SeMalaysia di Pahang.

Daripada jumlah itu, 35 suspek dipercayai tokan dadah manakala 12 lagi merupakan orang dikehendaki.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sebanyak 387 kes dengan pelbagai kesalahan berkaitan dapat dikesan.

"Operasi ini dijalankan secara serentak di 11 buah daerah di seluruh Pahang dengan menumpukan dalam kawasan bandar, kawasan Felda dan juga kawasan perumahan. Dalam operasi kali ini JSJN berjaya menggempur 28 'port' penagihan dadah seperti dipaparkan di sini dan membuat 297 serbuan dan 532 pemeriksaan," katanya.


(Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf)

Beliau berkata kepada pemberita dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di Kuantan.

Nilai rampasan keseluruhan dadah berjumlah RM27,014.

Turut disita, wang tunai bernilai RM470 dan sebuah motosikal bernilai anggaran RM7,000.

Media Baharu