RANTAU PANJANG, 20 Julai - Sebanyak 355 paket sosej pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM14,200 dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas menahan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan di Pengkalan Haram Kedap di sini, semalam.
Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, serbuan pada 10.30 malam tadi mendapati sosej berkenaan disyaki diseludup dari Thailand untuk pasaran tempatan.
“Pemeriksaan ke atas kenderaan menemui 355 paket sosej yang dipercayai dibawa masuk melalui pengkalan haram,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.
Nik Ros Azhan berkata, semua rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.