fb fb fb fb fb

24 Individu ditahan dalam Op Bersepadu Hazard e-Sisa di Senawang

etua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad dalam Sidang Media Ketua Polis Negeri Sembilan di Dewan Perdana Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban

SEREMBAN, 12 September -Seramai 24 individu termasuk 23 warga asing berusia antara 20 hingga 40 tahun ditahan dalam Op Bersepadu Hazard e-Sisa yang dijalankan di sebuah kawasan perusahaan di Senawang pada 10 September lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata, premis itu sudah beroperasi sejak tahun 2018 dan menjalankan aktiviti kitar semula e-sisa secara tidak sah.

Premis berkenaan dijadikan sebagai lokasi transit barangan buangan elektrik dan elektronik (e-sisa) sebelum dihantar ke Selangor.

"Sebanyak 76 unit bahan yang disyaki sebagai buangan terjadual jenis SW 104, iaitu aluminium, telah ditemui. Pada masa sama, pasukan turut menemui sebuah lori dan sebuah ekolori di lokasi yang sama, yang mengandungi 320 unit aluminium dross semasa pemeriksaan dijalankan.

"Kedua-dua kenderaan tersebut telah ditahan bawah Seksyen 38, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dan telah dihantar ke Depoh Jabatan Alam Sekitar di Taboh Naning untuk tindakan lanjut. Jumlah keseluruhan rampasan dalam operasi tersebut dianggarkan bernilai RM713,600," katanya dalam Sidang Media Ketua Polis Negeri Sembilan di Dewan Perdana Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.

Serbuan juga berjaya merampas 530 peket rokok pelbagai jenama, 365 tin minuman keras, 163 botol arak tempatan serta pelbagai jenama dengan nilai rampasan berjumlah RM12,268 dan boleh diambil tindakan bawah Seksyen 135 (d) Akta Kastam 1967.

TETITIA YUSOFF