fb fb fb fb fb

2 lelaki dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia

Hubungi Balai Polis Ayer Tawar di talian 05-6722222.

IPOH, 9 Julai - Dua lelaki yang dilaporkan hilang sejak semalam dan 27 Jun lepas setelah keluar dari rumah masing-masing ditemukan meninggal dunia di dua lokasi berasingan di Ayer Tawar, Sitiawan dekat Manjung hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima maklumat pukul 9.39 pagi daripada orang awam mengenai penemuan mangsa pertama di dalam kebun kelapa sawit di Jalan Taman Sri Perak 2.

"Mangsa kedua pula ditemukan di sebuah rumah kosong di Lorong 1, Taman Biru pukul 8.30 pagi dalam keadaan mayat telah reput," katanya.

ACP Hasbullah berkata kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Balai Polis Ayer Tawar di talian 05-6722222 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung 05-6886222 atau hotline WhatsApp 017-6828005. - BERNAMA

HASRON BIN HASSAN