fb fb fb fb fb

16 wanita Afrika terbabit kegiatan pelacuran di Bukit Bintang ditahan polis

FOTO Polis Dang Wangi

KUALA LUMPUR, 23 Jun- Seramai 16 wanita warga asing warga Afrika ditahan dalam serbuan kegiatan pelacuran di sebuah hotel bajet sekitar Bukit Bintang semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan dijalankan atas maklumat risikan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Tambahnya, kesemua warga asing yang ditahan berumur lingkungan 21 tahun hingga 40 tahun.

Hasil siasatan awal mendapati kegiatan terbabit melibatkan warga asing yang berselindung di hotel tersebut yang disewa secara harian.

"Wanita-wanita berkenaan akan menggunakan taktik berdiri di tepi jalan bagi mendapatkan pelanggan di sekitar Bukit Bintang sebelum dibawa ke bilik hotel bajet berkenaan yang disewa secara harian.

“Berdasarkan risikan selama seminggu kumpulan wanita berkenaan didapati kerap bertukar hotel bajet bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa,"katanya dalam satu kenyataan.

Polis turut merampas 40 keping kondom, 10 tiub gel pelincir, 14 telefon bimbit dan wang tunai RM800.

Kes disiasat bawah Seksyen 327B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1953/63.

Kesemua individu yang ditahan akan direman hari ini bagi siasatan lanjut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE