fb fb fb fb fb

15 individu ditahan terlibat aktiviti persundalan, kesalahan imigresen

Foto hiasan

JOHOR BAHRU, 18 Disember- Polis menahan 15 individu di dua buah hotel sekitar Bandar Jaya Putera dan Taman Abad, Johor Bahru, Johor, semalam, dipercayai terlibat aktiviti persundalan dan kesalahan imigresen.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asistan Komisioner (ACP) Raub Selamat berkata, tangkapan melibatkan seorang penjaga kaunter warga Pakistan, dan 13 pelayan wanita warga Indonesia, Thailand serta Vietnam.

"Masing-masing berusia 22 hingga 54 tahun, turut dipercayai melakukan, kesalahan salah guna pas lawatan sosial dan tinggal melebihi tempoh sah. 

"Seorang lelaki warga tempatan turut ditahan, dipercayai bertugas sebagai penjaga kaunter premis," kata Raub.

Turut dirampas, 36 keping kondom, tiga keping kad akses bilik hotel, serta empat keping jadual tugas pelayan.

Kesemua mereka direman sehingga 20 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372 B dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan, selain Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63, dan Akta Imigresen 1959/63.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI