fb fb fb fb fb

13 individu ditahan curi kabel telekomunikasi

FOTO RTM

JASIN, 15 Oktober - 13 individu ditahan dipercayai terbabit kegiatan mencuri kabel telekomunikasi di kawasan perindustrian Merlimau.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, penahanan dibuat ketika semua mereka leka memotong kabel dari lubang utiliti dengan memakai baju kalis cahaya milik syarikat telekomunikasi, TM Berhad.

Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen arahan menjalankan kerja-kerja daripada syarikat telekomunikasi berkenaan.

"Saringan air kencing mendapati lima daripada suspek positif dadah jenis Methamphetamine. Manakala empat yang lain mempunyai rekod jenayah dan dadah lampau.

"Antara barang kes yang dirampas termasuk 167 batang kabel , sebuah jengkaut, lima kenderaan pelbagai jenis,lima keping kad pekerja TM Berhad palsu dan peralatan kerja-kerja kontrak," katanya.

Kesemua mereka direman empat hari hingga 16 Oktober.  Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE