fb fb fb fb fb

106 PATI ditahan dalam operasi di Pangsapuri Seri Cempaka

FOTO JIM

KUALA LUMPUR, 6 Januari- Seramai 106 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam operasi di Pangsapuri Seri Cempaka, Rawang, Selangor, tengah malam semalam.

Dalam satu kenyataan JIM menyatakan operasi itu dijalankan dengan kekuatan 309 pegawai dan anggota Imigresen dengan dibantu 22 pegawai serta anggota daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Seramai 468 orang warga asing diperiksa dengan 106 daripadanya berusia enam bulan hingga 49 tahun dari Bangladesh, Myanmar, Indonesia dan Pakistan ditahan atas pelbagai kesalahan.

Serbuan dilakukan susulan aduan orang awam berhubung kewujudan Pati disyaki tinggal di kawasan perumahan terbabit tanpa memiliki pas dan dokumen pengenalan diri yang sah.

Antara kesalahan dikenal pasti adalah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Semua tahanan itu ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan dan tindakan lanjut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE