fb fb fb fb fb

Travelog #CARISAMPAIJUMPA menjejaki Kilometer Sifar

Poster travelog #CARISAMPAIJUMPA

KUALA LUMPUR, 17 Januari- Jika anda penggemar atau memiliki hobi unik menjejaki lokasi batu penanda di bahu jalan dengan angka Kilometer Sifar (KM0), usah lepaskan peluang menyaksikan sebuah program travelog terbaharu terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “#CARISAMPAIJUMPA”.

Menerusi 13 episod siarannya, hos Nadia Hasnan akan mengembara KM0 di Malaysia yang dianggap bersejarah, penting dan wajar dipelihara untuk tatapan generasi akan datang.

Antara lokasi mengujakan yang dikunjungi Nadia Hasnan adalah di Pulau Pinang, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Pahang, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Selain itu, turut diselitkan dengan perkongsian aktiviti-aktiviti menarik serta mencabar di kawasan yang diteroka.

Setiap penghujung episod pula, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) akan ditemu bual sebagai pengesahan maklumat yang dikongsikan kepada penonton.

Ikuti “#CARISAMPAIJUMPA” yang bermula 20 Januari ini, setiap Sabtu, pukul 9.30 malam di TV Okey dan secara penstriman langsung di RTMKlik menerusi pautan www.rtmklik.rtm.gov.my.

1701 TRAVELOG KM0 2

Nadia Hasnan

SITI AISHAH BINTI MD ISA