fb fb fb fb fb

TMM2024: 'Senandung Anak Melaka' lonjakkan nama Yasser Fikri

Yasser Fikri Abu

DUYONG, 16 Januari- 'Senandung Anak Melaka' yang kini menjadi siulan ramai selepas dipilih menjadi lagu tema Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) berjaya melonjakkan nama penyanyinya, Yasser Fikri Abu apabila diberi ruang berduet bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Yasser Fikri sama sekali tidak menyangka, lagu yang mempromosikan negeri kelahirannya itu diangkat ke suatu tahap lebih tinggi sehingga melonjakkan nama dan popularitinya sehingga ke luar negara.

"Lagu ini menceritakan tentang suasana meriahnya kalau 'korang' (orang ramai) datang Melaka.

"Kalau datang ke negeri Melaka, jangan risau nak tidur mana, (kerana) banyak tempat tempat tinggal yang kami sediakan.

"Baru-baru ini juga, lagu ini sampai Itali untuk promosi Tahun Melawat Melaka, Alhamdullilah," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Beliau yang juga personaliti MELAKAfm menyifatkan duet dengan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza dianggap sebagai pengalaman terindah untuknya sepanjang bergelar anak seni.

1601 MLK SENANDUNG MELAKA 2Yasser Fikri Abu dan Siti Nurhaliza

SITI AISHAH BINTI MD ISA