KUALA LUMPUR, 27 September- Pelakon veteran, Halimatussa'diah Mohd Daud atau dikenali sebagai Mak Wan kini terpaksa menjalankan perniagaan kecil-kecilan bagi menampung perbelanjaan hariannya.
Tindakan itu berikutan dirinya tidak menerima tawaran lakonan lebih dari enam bulan.
Tambahnya, dia mengakui bahawa ia berikutan kontroversi buruk yang timbul di media sosial.
"Hampir setengah tahun Mak Wan tidak dapat tawaran atau projek berlakon. Sekarang, Mak Wan berniaga di Taiping. Saya harap semua rakyat Malaysia boleh lah sokong perniagaan Mak Wan."
"Mak Wan tidak menafikan ini berpunca daripada kontroversi Mak Wan. Akibatnya, semua orang tidak percayakan Mak Wan lagi," kata Mak Wan kepada pemberita di ibu negara.
(Mak Wan ditemui pemberita dalam satu majlis makan tengah hari media swasta di ibu negara)
Mak Wan berharap penerbit dan syarikat produksi dapat memberi peluang kepada dirinya untuk terus berlakon menghiasi industri hiburan negara.
Terdahulu, Mak Wan berdepan kontroversi apabila bekas suaminya mendedahkan pelakon itu mempunyai akhlak tidak baik selain video tular yang mendakwa Mak Wan terlibat dengan kes menyihir.