fb fb fb fb fb

Khai, Adira bergandingan melalui Pejam

KUALA LUMPUR, 26 September-Khai Bahar antara penyanyi lelaki yang kerap mempunyai single duet bersama penyanyi wanita.

Terbaharu penyanyi lelaki popular itu berduet bersama penyanyi kegemarannya, Adira Suhaimi melalui single terbaharu Pejam.

Menurut Khai, bakat dimiliki Adira sebagai sesuatu yang hebat.

"Adira ini merupakan salah seorang penyanyi kegemaran saya.

"Jika saya ke karaoke suatu ketika dahulu, saya kerap menyanyikan lagu nyanyian Adira seperti Ombak Rindu.

"Saya rasa ini adalah peluang yang sangat baik kerana dapat bergandingan dengan penyanyi yang diakui ramai, sangat berbakat," kata Khai.

Ditanya tentang lakonan, Khai mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran drama dan filem kerana faktor masa ditambah kesihatan ibunya yang tidak mengizinkan.

1
(Menurut Khai, bakat dimiliki Adira sebagai sesuatu yang hebat.)

Media Baharu