KUALA LUMPUR, 27 September- Kumpulan Caliph Buskers mahu mendekati peminat melalui platform media sosial.
Menurut salah seorang anggotanya, Azmi Saat, dengan kaedah tersebut peminat mudah untuk mengetahui perkembangan semasa kumpulan Caliph Buskers.
"Sejujurnya macam itu sebelum ini, kita kurang membuat hantaran di media sosial. Jika Caliph Buskers ini ada membuat persembahan di mana-mana, kita tidak membuat live, tidak membuat video yang merapatkan kita dengan peminat. Jika busking boleh kata jarang selepas pandemik ini, tidak ada busking dah, mungkin kita kena fikirkan sesuatu untuk merapatkan diri kami dengan peminat," kata Azmi kepada pemberita di sini.
Dalam pada itu, Caliph Buskers turut berkongsi tentang tawaran untuk mengadakan konsert solo mereka.
"Ada yang bertanya waktu kita buat persembahan di Singapura hari itu, dekat Singapura memang pihak penganjur sendiri bertanya untuk mengadakan konsert di sini. Sejujurnya kami merasa layak ke kan dengan lagu pun ada yang tahu, tidak betul-betul meletup," kata Azmi.
Baru-baru ingin Caliph Buskers telah melancarkan lagu terbaharu setelah dua tahun sepi tanpa single.
Single berjudul 'Inspirasi' merupakan ciptaan Azmi bersama Datuk Reduan Yusof.
(Single berjudul 'Inspirasi' merupakan ciptaan Azmi bersama Datuk Reduan Yusof.)