fb fb fb fb fb

Bengkel tari asli, perkasa seni dan budaya dalam kalangan OKU

KUALA LUMPUR, 28 September- Bengkel Tari Asli Orang Kurang Upaya (OKU) dapat memperkasa seni dan budaya dalam kalangan OKU.

Menurut Presiden Persatuan OKU Sentral, Datuk Ras Adiba Mohd Radzi, semangat cintakan budaya dan tradisi dapat dicetuskan kepada golongan berkenaan melalui bengkel yang bertemakan gerak itu.

"Kita dapat lihat penari-penari kita daripada pelajar-pelajar pekak ini.

"Mereka tidak boleh mendengar muzik itu, jadi mereka terpaksa melihat kepada juru bahasa isyarat dan juga que mereka adalah dengan merasai gegaran muzik itu di lantai kayu. Jadi itu yang seronok kerana kategori yang bersama kami berbeza, namun begitu cinta mereka kepada seni dan budaya itu kepada negara ada," katanya kepada pemberita di sini.

Bengkel berkenaan diadakan pada 20 dan 21 September dengan kerjasama Persatuan OKU Sentral dan Kolej Seni Kreatif Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Antara lagu yang dipraktikkan ialah Joget Si Pinang Muda dan Menyusun Tari.

1
(Antara lagu yang dipraktikkan ialah Joget Si Pinang Muda dan
Menyusun Tari.)

Media Baharu