fb fb fb fb fb

Sukan SEA Vietnam: Kem silat kebangsaan waspada peningkatan prestasi pesaing

(Antara barisan persilat negara/PESAKA)

TANJONG KARANG, 7 Mac - Kem pesilat kebangsaan harus berwaspada dengan peningkatan yang ditunjukkan pesilat Thailand dan Vietnam menerusi peraturan baharu badan penguasa Persekutuan Silat Antarabangsa (PERSILAT), menjelang Sukan Sea di Vietnam dua bulan lagi.

Jelas Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin, ini dapat dilihat ketika pertandingan Sukan Silat Asia yang berlangsung di Singapura baru-baru ini.

(Datuk Megat Zulkarnain pada penutupan Karnival Yayasan Bank Rakyat di Tanjong Karang, Selangor)

 "Walaupun Malaysia antara yang mempelopori atau menjadi pengasas peraturan baharu tapi saya rasa terkejut negara-negara seperti Vietnam, Thailand dilihat mahir dalam peraturan ini.

"Saya telah memaklumkan kepada pengurus pasukan dan barisan jurulatih jangan ambil perkara itu sambil lewa," kata Megat Zulkarnian ketika ditemui RTM dalam majlis penutupan Karnival Yayasan Bank Rakyat di sini.

Tambahnya kem pesilat kebangsaan harus dapatkan keputusan terbaik walaupun dilabelkan pasukan bukan pilihan.

Beliau juga tidak menafikan beberapa pesilat terutama Jun ni pesilat negara seperti Mohd Al Jufferi Jamari, Fauzi Khalid dan Mohamad Hazim Amzad sudah pun mahir mengaplikasikan peraturan itu.

Beliau menjangkakan Vietnam adalah saingan terdekat mempunyai kekuatan tersendiri di laman mereka sendiri.

 

Media Baharu