fb fb fb fb fb

Pelukan Angkasa, juara AJL 36

FOTO GOOGLE

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Lagu Pelukan Angkasa nyanyian SOG dan Shila Amzah diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 malam tadi.

Kemenangan lagu ciptaan Raja Nazrin Shah dan lirik oleh Fazleena Hishamudin itu sekali gus melayakkan mereka membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM100,000 dan trofi.

Naib juara dimenangi lagu Cinta nyanyian Marsha Milan, ciptaan oleh Bunga Cantik dan Hang Nadim membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi. Manakala lagu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli, hasil ciptaan Haqiem Rusli dan Datuk A Aida pula menduduki tempat ketiga. Mereka memenangi wang tunai RM30,000 dan trofi.

Sementara itu, vokal Terbaik pula menjadi milik Aina Abdul dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000 dan trofi.

Manakala Marsha mengungguli Persembahan Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM18,000 berserta trofi.

 

(Lagu Pelukan Angkasa hasil ciptaan Raja Nazrin Shah dan lirik oleh Fazleena Hishamudin)

Media Baharu