fb fb fb fb fb

Ryan Gosling bintangi filem baharu Star Wars

Pelakon Ryan Gosling menghadiri tayangan perdana filem "The Fall Guy" di Los Angeles. / Foto REUTERS

LOS ANGELES, 19 April-Pelakon yang pernah dicalonkan untuk Anugerah Oscar, Ryan Gosling, akan membintangi filem baharu "Star Wars" yang dijangka ditayangkan di pawagam pada Mei 2027, menurut pengumuman oleh Lucasfilm, anak syarikat milik Walt Disney, pada Khamis.

Filem tersebut yang berjudul "Star Wars: Starfighter" akan berlatarbelakangkan lima tahun selepas peristiwa dalam filem "The Rise of Skywalker" (2019), kata kenyataan Lucasfilm.

Menurut kenyataan itu lagi, filem berkenaan merupakan "pengembaraan baharu sepenuhnya yang menampilkan watak-watak baharu dalam tempoh masa yang belum pernah diterokai dalam siri francais sebelum ini.

Shawn Levy akan mengarahkan filem ini, dengan penggambaran dijangka bermula pada musim luruh nanti.

Levy sebelum ini mengarahkan filem "Deadpool & Wolverine" (2024) dari Marvel dan beberapa episod siri popular Netflix, "Stranger Things".

Gosling telah menerima tiga pencalonan Oscar, termasuk pencalonan terbaharu bagi lakonannya sebagai Ken dalam filem "Barbie" (2023).

"Star Wars" merupakan francais sains fiksyen ciptaan George Lucas pada tahun 1977, yang berlatar di galaksi yang jauh.

Keseluruhan filem "Star Wars" telah meraih lebih daripada $5.1 bilion dolar box office seluruh dunia.-REUTERS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD