fb fb fb fb fb

Ruben Ostlund dipilih sebagai Ketua Juri Festival Filem Cannes

(FOTO AFP)

PARIS, 28 Februari-Pengarah filem terkenal Sweden dan pemenang dua kali Palme d "Or Ruben Ostlund, dilantik sebagai ketua juri pada Festival Filem Cannes yang dijadualkan berlangsung Mei depan menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur.

Pengarah berusia 48 tahun itu sebelum ini telah memenangi anugerah utama Festival Filem Cannes pada 2017 menerusi filem "The Square” dan 2022 menerusi filem “Triangle of Sadness”.

Ostlund berkata pemilihannya sebagai Ketua Juri pada festival berprestij itu adalah suatu penghormatan buat dirinya dan kebangaan buat industri perfileman Sweden.

"Saya gembira dan rendah hati dengan kepercayaan yang diberikan oleh penganjur menjadi Ketua Juri bagi pertandingan tahun ini", katanya.

Pemilihan Ostlund sebagai ketua Juri menjadikannya sebagai anak seni Sweden kedua terpilih selepas Ingrid Bergman.

Sementara itu, pemilihan filem bagi festival filem Cannes akan diumumkan bulan hadapan bersama beberapa lagi anggota juri yang lain.-AFP


( Pengarah Filem, Ruben Ostlund/ Foto AFP)

Media Baharu