fb fb fb fb fb

Warner Bros dedahkan Francais LOTR terbaharu dalam pembikinan

(FOTO AFP)

LOS ANGELES, 24 Februari- Warner Bros mengesahkan filem francais Lord Of The Rings (LOTR) sedang didalam pembikinan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Zaslav memberitahu syarikat gergasi itu telah melantik ketua studio, Mike De Luca dan Pam Abdy bagi mengadakan perjajian untuk menghasilkan lebih banyak filem berdasarkan buku epik fantasi karya JRR Tolkien.

"Saya berbesar hati mengumumkan Mike dan Pam telah menandatangani perjanjian bagi menghasilkan trilogi LOTR yang baharu", ujarnya.

Tambah Zaslav, pihaknya teruja dengan projek terbaharu ini dan menganggap filem berkenaan sangat ikonik dari sudut penceritaan.

"LOTR merupakan filem francais yang mempunyai jalan cerita yang unik dan kami teruja untuk kembali menghasilkan filem terbaharu", katanya lagi.

Zaslav tidak mendedahkan butiran lanjut berkaitan filem terbaharu itu, namun, pengarah filem tersebut Peter Jackson menerusi satu kenyataan kepada AFP mendedahkan pengumuman itu sesuatu yang ditunggu oleh pasukannya.

"Kami mengalu-alukan pengumuman tersebut dan bakal berbincang lanjut dengan mereka berkaitan perancangan seterusnya berkaitan LOTR pada masa depan", kata Jackson.

Filem Francais LOTR karya Jackson menuai kutipan kira-kira 3 bilion dolar di pawagam seluruh dunia dan memenangi 17 anugerah Oscars termasuk Filem Terbaik 2003 bagi trilogi "The Return of the King."

Filem francais itu dibintangi pelakon-pelakon seperti Elijah Wood, Ian McKellen, Viggo Mortensen dan Cate Blanchett-AFP

(Filem Francais Lord Of The Rings/www.pcgamer.com)

Media Baharu