fb fb fb fb fb

Alec Baldwin disaman keluarga Hutchins

FOTO AFP

NEW YORK, 11 Februari- Bintang Hollywood, Alec Baldwin disaman susulan insiden kematian pengarah sinematografi yang ditembak mati dalam set penggambaran 'Rust' pada 2021.

Saman tersebut difailkan ibu, bapa dan kakak kepada mangsa yang turut melibatkan penerbit filem berkenaan.

Tuntutan itu difailkan di Los Angeles bagi pihak keluarga mangsa, Halyna Hutchins yang tinggal di Ukraine.

Hutchins maut apabila pistol yang dipegang Baldwin tertembak ketika latihan di New Mexico pada Oktober 2021.

Turut cedera pengarah filem, Joel Souza.

Menurut peguam, tuntutan itu adalah untuk mencari jumlah pampasan bagi tekanan emosi, kecuaian dan kehilangan.

Baldwin, 64 tahun, sebelum ini telah menafikan sekeras-kerasnya bertanggungjawab atas kematian Hutchins.

Sebelum ini, beliau dan Hannah Gutierrez-Reed, individu bertanggungjawab menguruskan senjata di set penggambaran, sudah pun menghadapi tuduhan pembunuhan yang boleh menyebabkan mereka dipenjara.-AFP


(Pengarah sinematografi, Halyna Hutchins/AFP)

Media Baharu