fb fb fb fb fb

Rock Warrior Music Festival bakal 'gegar' peminat rock tempatan

Rock Warrior Music Festival

KUALA LUMPUR, 20 September- Festival muzik 'Rock Warrior Music Festival' bakal menghidupkan kembali suasana dan semangat muzik rock tanah air dalam suasana penuh bertenaga dan nostalgia.

Festival itu bakal berlangsung di KL Base di sini pada 23 dan 24 November depan dengan menampilkan band rock terkenal seperti Wings, Search dan XPDC.

Ia yang dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah milik penyanyi rock legenda Datuk Awie bertujuan menghidupkan kembali suasana era muzik rock sambil menyediakan platform bagi band baharu memperkenalkan karya mereka.

"Saya percaya festival ini akan menjadi titik sentral yang mencorakkan semangat kesatuan dalam kalangan peminat muzik, sama ada mereka adalah golongan lama yang sudah lama menggemari genre rock atau golongan baharu yang baru bersuara dalam dunia muzik ini.

"Tidak hanya itu, Rock Warrior Music Festival sebagai medan yang amat sesuai untuk mengetengahkan bakat baharu dalam industri muzik rock. Platform unik ini memberi peluang kepada kumpulan rock baharu untuk beraksi, mengagumkan penonton, serta memperkenalkan lagu dan karya original (asal) mereka kepada dunia

"Dengan adanya penekanan yang diberikan oleh festival ini terhadap kepelbagaian bakat dalam kalangan penyampai lagu rock, ia memperlihatkan komitmen sebenar pihak penganjur dalam mempromosikan kepelbagaian dan inovasi dalam industri muzik tempatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiket festival sudah dijual sejak 7 September dan boleh didapati melalui platform dalam talian dengan harga RM250 (Gold), RM200 (Silver) dan RM150 (Bronze).

Band yang ingin menyertai Rock Warrior Music Festival boleh menghantar demo atau video di alamat -- Rumah Produksi Merah Sdn Bhd, 15-7, Jalan USJ 9/5Q, Subang Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor atau hubungi 019-2617208 / 019-3721756 atau email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

SITI AISHAH MD ISA