fb fb fb fb fb

Lebih 2,000 peminat Heavy Metal banjiri konsert Loudness

Foto Facebook Lampuneon

KUALA LUMPUR, 21 September - Meskipun sudah mencecah usia lebih separuh abad ternyata kumpulan rock Jepun, Loudness masih bertenaga beraksi di atas pentas.

Ini terbukti apabila lebih dua ribu peminat berpuas hati menyaksikan ‘Loudness World Tour 2024 – Greatest Ever Heavy Metal’ di Zepp Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Aksi luar biasa yang dipersembahkan selama dua jam seakan mengimbau nostalgia peminat yang telah mengikuti Loudness sejak empat dekad lalu.

Ini juga merupakan konsert terakhir kumpulan rock legenda itu sebelum bersara atas faktor usia.

Antara lagu yang dipersembahkan Crazy Nights, Like Hell dan Heavy Chains.

Trainee2