fb fb fb fb fb

Konsert Qalam Noraniza Idris bermula 27 September

Noraniza Idris / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 September- Konsert Qalam Noraniza Idris akan berlangsung dari 27 hingga 29 September 2024 di Panggung Seri, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka.

Konsert itu akan menampilkan persembahan khas Noraniza dan artis undangan serta pertandingan kreatif.

Seiring dengan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) dan Tahun Melawat Melaka 2024, program itu bertujuan mempromosikan seni dan budaya tempatan.

Menurut Noraniza, sebanyak 24 lagu popular Irama Malaysia akan dipersembahkan pada acara tersebut.

"Konsert Qalam Noraniza Idris ini adalah program untuk menyemarakkan semangat cinta diri, agama, bangsa, budaya, dan negara dalam kalangan generasi pelapis.

"Sebenarnya, konsert Qalam Noraniza Idris ini diadakan sempena 30 tahun Irama Malaysia dalam industri muzik. Jadi, sudah tentulah Kak Ani (Noraniza) menghimpunkan sebanyak 28 lagu yang boleh dinyanyikan bersama-sama.

"Kak Ani rasa dengan adanya konsert Qalam Noraniza Idris ini, kita dapat menarik lebih ramai generasi muda untuk menonton konsert ini secara lebih dekat," katanya kepada pemberita di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM