fb fb fb fb fb

N.Flying akan adakan konsert sulung di Malaysia

N.Flying

KUALA LUMPUR, 20 September- Kumpulan K-pop N.Flying akan mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia pada 1 Disember ini di ZEPP Kuala Lumpur.

Tiket konsert akan mula dijual melalui platform dalam talian pada 27 September ini.

Konsert berkenaan bertemakan 'HIDE-OUT' yang mencerminkan perjalanan dan identiti mereka sebagai sebuah kumpulan.

N.Flying terdiri daripada lima anggota iaitu Lee Seung Hyub, Yoo Hwe Seung, Cha Hun, Seo Dong Sung dan Kim Jae Hyun. Namun Kim Jae Hyun tidak dapat hadir kerana komitmen dalam perkhidmatan tentera.

Kumpulan itu yang ditubuhkan pada 2015 terkenal dengan lagu-lagu seperti "Rooftop", "GOOD BAM" dan "Oh really".

Harga tiket adalah antara RM368 hingga RM6,288 untuk KOTAK VIP (8 tempat duduk), dengan had pembelian maksimum empat tiket setiap orang.

2009 HIBURAN KONSERT NFLYING KPOP 2
Poster konsert

SITI AISHAH MD ISA