fb fb fb fb fb

Pengiktirafan ini bukan untuk saya sahaja, tetapi kerja berpasukan - Amelia

Amelia Henderson

KUALA LUMPUR, 2 Mac- Selebriti Amelia Henderson menerima pengiktirafan Entertaining Podcast of The Year dalam majlis Malaysia Top Achievers Awards 2023 anjuran The Leaders Online dan MyEvents International baru-baru ini.

Amelia, 29 mengganggap anugerah yang diterima itu adalah hasil kerja berpasukan Studio Sembang yang dikendalikannya sejak Oktober 2022.

Selain itu, bintang filem Talentime itu mahu mahu program audio siar itu untuk mendidik penonton berkenaan realiti sebenar anak seni selain menerapkan lebih banyak unsur pendidikan.

"Saya rasa anugerah ini dan mana-mana anugerah untuk Studio Sembang bukan hasil kerja saya seorang. Ia adalah hasil kerja berpasukan.

"Jadi saya bersyukur yang saya dapat mewakilkan kumpulan saya untuk anugerah ini. Anugerah ini untuk mereka, bukan untuk saya sahaja, ini adalah kerja dengan pasukan yang hebat," katanya kepada RTM di sini.

Pelakon kacukan India-Scotland itu berkata platform audio siar itu juga diharap menjadi ruang buat rakan selebriti yang selama ini hanya dikenali menerusi watak lakonan, persembahan pentas dan kandungan media sosial berkongsi sisi lain mereka kepada umum.

"Saya mengharapkan penonton Studio Sembang boleh memperoleh maklumat yang lebih 'mahal' daripada tetamu undangan dalam Studio Sembang.

"Sebab selalunya penonton akan nampak kita ketika melakonkan sesuatu watak atau mempersembahkan sesuatu di atas pentas," katanya.

Dalam masa sama Amelia berharap dengan adanya program audio siar itu akan menjadi penghubung antara rakan artis dengan peminat selain lebih memahami cerita-cerita yang dekat di hati dan mengambil mesej-mesej yang penting.

Amelia bersyukur kerana mendapat kerjasama daripada rakan artis yang turt menyokong Studio Sembang. Antara selebriti yang pernah menjadi tetamu undangannya ialah, Datuk Aznil Nawawi, Aedy Asyraf dan

Pelakon yang juga penerbit eksekutif Studio Sembang itu berkata, rancangan berkenaan tidak hanya tertumpu kepada golongan selebriti semata-mata, dia juga akan menjemput tetamu daripada pelbagai latar belakang berbeza untuk berkongsi kisah dan cabaran hidup mereka bagi memberi inspirasi kepada penonton.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI