fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Pelakon Michael Caine umum bersara pada usia 90 tahun

(Michael Caine/Reuters)

LONDON, 14 Oktober- Pelakon veteran Hollywood, Michael Caine mengumumkan bersara daripada dunia lakonan pada usia 90 tahun.

Pemenang Oscar itu mengundurkan diri selepas kejayaan membawa watak Bernie Jordan dalam filem "The Great Escaper" yang ditayangkan pada 6 Oktober lalu.

"Saya selalu mengatakan bahawa saya akan bersara. Jadi, ya, sekarang saya sudah bersara," katanya dalam program Today di BBC Radio 4.

Caine terlibat dalam lebih 160 buah filem sepanjang kerjayanya selama tujuh dekad.

Calon Oscar enam kali yang telah memenangi dua Anugerah Akademi pada tahun 1986 ("Hannah and Her Sisters") dan tahun 2000 ("The Cider House Rules") itu juga memperoleh Anugerah Golden Globe, Anugerah Akademi British (BAFTA) dan banyak lagi penghargaan lain.

Dia turut dianugerahkan gelaran kesatria oleh Ratu Elizabeth II pada tahun 2000.

Pengumuman persaraan oleh Caine itu dibuat sebulan sebelum novel pertamanya berjudul "Deadly Game" akan dilancarkan. -AFP