fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Sabri Yunus, Angeline Tan kini suami isteri

(Tangkap layar video FB Live Dr MAZA)

KANGAR, 14 Oktober- Pelakon dan pengarah , Sabri Yunus selamat diijabkabulkan dengan aktress, Angeline Tan dalam satu majlis tertutup, di sini, pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin di kediamannya kira-kira pukul 10.30 pagi.

Pasangan berkenaan sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz.

Angeline menerima mas kahwin berupa seutas rantai emas.

Sabri, 62 ketika ditemui berkata mereka sudah tiga tahun merancang untuk mendirikan rumah tangga namun menunggu kesediaan Angeline untuk memeluk Islam.

“Alhamdulillah, benar kami baru sahaja bernikah sebentar tadi. Tak tahu macam mana nak cerita, tetapi kami berdua bersyukur majlis pernikahan ini dipermudahkan," katanya.

Angeline, 56, telah memeluk Islam pada awal Oktober lalu dengan menggunakan nama Ardini.

Sabri dan Angeline mula berkenalan menerusi sitkom popular era 90an, Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang menampilkan mereka sebagai Lucy dan Wan Ismail Golok.

 

rtm
Berita pernikahan Sabri dan Angeline turut dikongsi pelawak dan penyampai radio, Issey menerusi Instagram miliknya)

Dalam pada itu, Sabri juga bersyukur apabila anak dan keluarga kedua-dua belah pihak merestui niat mereka untuk mendirikan rumah tangga.

Untuk rekod, Sabri Yunus pernah mendirikan rumah tangga dengan Norayya Mohd Yusof dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Isterinya meninggal dunia pada Ogos 2007 akibat kanser.