SHAH ALAM, 2 Mac - Kuala Lumpur berjaya menamatkan kemarau kemenangan dalam lapan perlawanan selepas menundukkan ATM dengan keputusan 6-3 pada Kejohanan Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL).
Dalam saingan yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara, pemain Kuala Lumpur, Fadhli Jafri beraksi cemerlang dengan mencipta hatrik.
(Perlawanan antara Kuala Lumpur dan ATM pada Kejohanan Liga Futsal Premier Malaysia)
Tiga lagi gol Kuala Lumpur diperoleh menerusi Nazmi Norrizal yang menjaringkan dua gol sebelum Nik Rais Nik Ali melengkapkan enam gol buat pasukannya.
Sementara itu, tiga jaringan ATM masing-masing disumbangkan oleh Fazal Asyraf Fazal Rahim, Alif Iqwan Hussin dan Imran Ahmad pada minit ke-19, 22 dan 25.
Kuala Lumpur kini mengumpul enam mata, naik satu anak tangga memintas Perak di kedudukan tercorot manakala ATM kekal di kedudukan ke-13 liga dengan sembilan mata.