fb fb fb fb fb

Daniil Medvedev dinobat pemain tenis nombor satu dunia

PARIS, 2 Mac- Bintang tenis Rusia, Daniil Medvedev mencapai kemuncak status kariernya apabila dinobat sebagai pemain nombor satu dunia dalam senarai kedudukan terbaharu yang dikeluarkan Persatuan Tenis Profesional.

(Daniil Medvedev dinobat pemain tenis nombor satu dunia) 

Medvedev menjadi pemain ketiga dari Rusia menduduki kedudukan tersebut yang sebelum ini dipegang bintang Serbia, Novak Djokovic.

Pemain berusia 26 tahun itu berjaya memecah dominasi Djokovic, Roger Federer, Rafael Nadal dan Andy Murray yang pernah menduduki ranking berkenaan dalam tempoh 18 tahun.

Sepanjang kariernya, Medvedev telah menjuarai 13 gelaran utama, termasuk Terbuka Amerika Syarikat 2021 dan Pusingan Akhir Jelajah ATP 2020.

Bagaimanapun, kejayaan Medvedev itu hadir pada masa tidak sesuai apabila seluruh dunia ketika ini sedang mengecam tindakan negaranya, Rusia yang menyerang Ukraine. -AFP

Media Baharu