fb fb fb fb fb

"Menang Penyampai Radio Wanita Terbaik bukan titik noktah" - Alin Anje

(Alin Anje rangkul Anugerah Penyampai Radio Terbaik ASA 2022)

SEREMBAN, 31 Oktober- Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) yang berlangsung pada Ahad menyaksikan penyampai radio NEGERIfm, Azlina Kamarudin berjaya merangkul Anugerah Penyampai Radio Wanita Terbaik menerusi Segmen Getaran Pagi.

Alin Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Alin Anje membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000 beserta trofi.

Alin turut menambah, "setakat ini saya berpuas hati tapi saya kira itu bukanlah penanda aras saya kena berhenti di sini. Maknanya untuk diri saya sendiri, itu adalah satu aras yang saya kena letak untuk lebih baik pada masa akan datang.

"Sebabnya kita nak kira yang diri kita yang terbaik untuk sekarang dua, tiga tahun lagi kita tak tahu macam mana. Kita bersaing dengan orang baru dalam kalangan penggiat industri ini."

Beliau ditemui menerusi wawancara Slot Santai Oghok Potang di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban.

(Azlina Kamarudin pada ASA 2022 di PICC Putrajaya)

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan, Kamal Roslim menyatakan anugerah yang dirangkul oleh Alin merupakan satu anugerah cukup bermakna buat NEGERIfm.

"Kita menang kerana saya nampak Alin seorang Penyampai yang cukup bagus kalau kita dengar Segmen Getaran Pagi, dia seorang yang sangat komited dan versatile.

"Dia juga sering membawa karakter yang tersendiri. Dari segi intonasi dan jalan ceritanya cukup menarik. Saya rasa itu adalah faktor yang menyebabkan kemenangan kepada Alin Anje. Alhamdulillah. Seluruh warga kerja negeri fm mengucapkan tahniah kepada Alin."

Kamal Roslim Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan tambahnya, NEGERIfm akan terus komited menyusun strategi bagi meningkatkan lagi mutu persembahan warga kerja dan mampu memberi saingan bukan sahaja kepada stesen penyiaran kerajaan malah turut memberi saingan kepada stesen  penyiaran swasta.

Media Baharu