(Persembahan daripada Inteam, Brothers dan Nazrey Johani)
PETALING JAYA, 30 Oktober- Hampir 1,000 penonton hadir ke Konsert Legenda Nasyid yang berlangsung di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Susulan reaksi positif itu, penganjur, Inteam Records, berharap konsert sedemikian dapat diteruskan menerusi siri jelajah ke seluruh negara.
Ahli Kumpulan Inteam, Muhammad Hazimin berkata pihaknya, masih menerima permintaan pembelian tiket yang tinggi meski ia telah habis dijual pada minggu akhir sebelum konsert bermula.
Justeru itu, tayangan konsert secara dalam talian akan diadakan pada 5 November ini dengan harga tiket serendah RM25.00.
Mengenai siri jelajah pula, ia memerlukan sokongan para penasyid tanah air. Inteam Records turut mengharapkan lebih banyak penaja akan menaja konsert seperti ini pada masa akan datang.
Malam Konsert Legenda Nasyid yang berlangsung selama dua jam itu, menampilkan legenda penyanyi nasyid tanah air antaranya, Nazrey Johani, Hijjaz, Ustaz Akhil Hayy, dan Inteam.
(Persembahan kumpulan Nada Murni bersama Nazrey Johani (tengah)