fb fb fb fb fb

Liga Super: Sarawak United FC dan Penang FC, keputusan seri 1-1

(FOTO BERNAMA)

KUCHING, 6 April - Pertemuan Sarawak United FC dan Penang FC dalam Liga Super Malaysia malam tadi di Stadium Negeri, Sarawak berakhir dengan keputusan seri, 1-1.

Kedua-dua pasukan buntu dalam mencari gol pendahuluan pada 45 minit permainan masa pertama.

(Pemain Sarawak United FC Lee Changhoon (kiri) cuba mengelecek pemain Penang FC
pada saingan Liga Super di Stadium Negeri malam tadi/BERNAMA)

Pada separuh masa kedua pula menyaksikan permainan kembali rancak selepas pemain Penang FC yang menyarung jersi nombor 9 Casagrande menjaringkan gol pertama pada minit ke-72.

Tidak mahu mengecewakan penonton di gelanggang sendiri, Sarawak United FC menyamakan kedudukan menerusi gol sulung musim ini menerusi pemain yang memakai jersi nombor 29 iaitu Boris Kok.

Enam kad kuning juga telah di layangkan oleh pengadil Mohammad Zamzaidi Katimin iaitu empat kepada Penang FC dan dua kepada pemain Sarawak United FC.

Tiada jaringan susulan selepas permainan tamat pada 90 minit perlawanan termasuk tiga minit masa tambahan.

Keputusan 1 sama kekal hingga wisel penamat.

Dengan keputusan seri itu, Sarawak United akhirnya mendapat mata pertama dalam Liga Super musim ini.

Media Baharu