fb fb fb fb fb

Liga Perdana Inggeris, Chelsea terima kekalahan

CHELSEA, 3 April - Chelsea menerima kekalahan mengejut 1-4 kepada Brentford di tempat sendiria dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Keputusan itu bagaimanapun tidak menggugat kedudukan the Blues yang kekal di tangga ketiga dengan 59 mata.

Manchester City dan Liverpool pula tidak berdepan masalah mengalahkan lawan masing-masing.

The Citizens menumpaskan Burnley 2-0, manakala The Reds menewaskan Watford juga dengan 2-0 untuk mengekalkan kedudukan dua teratas.

Masing-masing mengumpul 73 dan 72 mata.

(FOTO FAIL)

Manchester United sekadar seri 1-sama dengan Leicester City untuk kekal di tangga ke-6.

Dalam pada itu menerusi Dalam saingan La Liga Sepanyol, Karim Benzema dan Joao Felix memastikan semangat juang tinggi dalam Real Madrid dan Atletico Madrid sebelum pertemuan suku akhir Liga Juara masing-masing minggu depan.

Pada Rabu depan, Madrid bertemu Chelsea ketika Atletico pula dijadual melawan Manchester City, hari berikutnya.

Namun menjelang saingan itu, Benzema berjaya membantu kemenangan Madrid di pentas domestik, dengan menjaringkan dua gol ketika pasukannya mengalahkan Celta Vigo, 2-1.

Felix juga menyumbang dua gol dalam kemenangan Atletico ke atas Alaves, 4-1.

Perlawanan lain, Getafe 1 Real Mallorca 0.

Dan Levante 2 Villarreal 0 - AFP




Media Baharu