fb fb fb fb fb

Badminton Masters Orleans di Perancis, beregu lelaki muda negara mara ke final

ORLEANS, 3 April - Beregu lelaki muda negara, Wan Arif Wan Junaidi dan Mohd Haikal Nazri mara ke final badminton Masters Orleans di Perancis.

Wan Arif dan Haikal yang berada dirangking ke-103 dunia menundukkan gandingan tuan rumah, Eloi Adam dan Julien Maio 21-18, 21-16 dalam tempoh 41 minit.

Turun dengan keyakinan tinggi, pasangan itu memberi tentangan sengit di set pertama untuk menang 21-18.

Di set kedua, mereka berjaya mengekalkan prestasi konsistendan bertenaga sekaligus menang 21-16.

Wan Arif dan Mohd Haikal akan berdepan pilihan ketujuh kejohanan dari Belanda, Ruben JilleĀ  dan Ties Van Der Lecq pada pertemuan akhir.

Mereka sebelum ini mencipta magis pada pusingan pertama dengan mengejutkan pasangan diranking ke-30 dunia dari Perancis, Christo Popov dan Toma Junior Popov.

Dalam pada itu bagi pemain beregu wanita negara, Teoh Mei Xing.

(Beregu wanita)

Dia enggan menjadikan faktor keletihan bermain dalam dua kategori sebagai punca gagal mara kefinal acara beregu campuran.

Sebaliknya, Mei Xing yang berpasangan bersama Yap Roy King berkata, mereka gagal mengimbangi strategi lawan dari Indonesia ketika aksi diseparuh akhir.

Terlalu banyak melakukan kesilapan mudah juga disifatkan Mei Xing sebagai faktor mereka terpaksa akur tewas straight sets, 16-21, 15-21.

Dalam kategori beregu wanita, Mei Xing berpasangan bersama Anna Cheong dan tersingkir seawal pusingan kedua.





Media Baharu