fb fb fb fb fb

Konsert Suara 34 Zon Timur, meriah

Foto RTM

KUANTAN, 22 Jun - Hampir seribu penonton hadir membanjiri Auditorium Darul Makmur, RTM Pahang, di Kuantan bagi menyaksikan Konsert Suara 34 Zon Timur, malam tadi.
 
Dihoskan oleh Dj Sidi, Dj Leez dan Sharif Zero, ia mempersembahkan lagu-lagu rakyat dengan nilai dan tema masyarakat pantai timur seperti dikir barat dan ulek mayang.

Dibarisi 7 artis terkenal tanah air antaranya, Datuk Ramli Sarip, Nadeera, Floor 88, Iman Troye, Ameng Spring, Kopratasa dan Roy Kapilla.

Siri jelajah seterusnya akan berlangsung di Zon Sarawak dengan Detar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada 28 Jun bakal menjadi lokasi konsert.
 
Manakala, kemuncaknya akan berlangsung di Zon Tengah, bertempat di Angkasapuri Kota Media pada 5 Julai depan, sekali gus menandakan penutup tirai bagi siri jelajah tersebut.

Berlangsung selama dua jam, konsert yang dibarisi penyanyi senior dan baharu itu turut disiar secara langsung di Saluran TV2 sert platform digital RTM.
 
Konsert turut dihadiri Pengarah RTM Pahang, Arifin Awang, Pengarah RTM Terengganu, Sabri Mansor dan Timbalan Pengarah RTM Kelantan, Muhammad Aiman Yusoff.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN