fb fb fb fb fb

Konsert Lah Ahmad Jatuh Cinta, lebih 20 lagu dinyanyikan

KUALA LUMPUR, 11 Oktober- Penyanyi, Lah Ahmad memberi kejutan kepada penonton konsert Lah Ahmad Jatuh Cinta dengan kehadiran penyanyi jemputan iaitu kumpulan Innuendo dan Ruffedge.

Paduan suara mereka berjaya menggamatkan suasana apabila peminat turut berdiri sebagai menyambut persembahan kumpulan popular itu.

Menerusi konsert yang berlangsung pada Sabtu di Istana Budaya, Lah menyanyikan lebih 20 buah lagu termasuk lagu sendiri dan lagu nyanyian semula penyanyi lain.

Antara lagu yang dibawakan Lah pada malam itu ialah Adinda, Jatuh, Kerna Sayang, Kau Tercipta, Tunggu Kamu, Selamat Datang Cinta, Ulang Tahun dan banyak lagi.

Lebih istimewa, Lah yang jarang membawakan lagu 'cover' memberikan peluang kepada penonton untuk jatuh cinta menerusi dua lagu iaitu 'Weak' dan 'Glimpse Of Us' yang memberikan erti peribadi buatnya.

Lah menyifatkan konsert itu menjadi pencetus kepada penganjuran sebuah lagi acara yang menghimpunkan artis R&B popular tanah air.

Konsert berkenaan dianjurkan 'Rubbertapper Production House' dan diiringi Orkestra Simfoni Universiti Malaya.

rtm
(Konsert Lah Ahmad Jatuh Cinta dianjurkan 'Rubbertapper Production House'
dan diiringi Orkestra Simfoni Universiti Malaya (UM).)

Media Baharu