fb fb fb fb fb

Konsert Bittersweet: Years Of Sing and Shout, hampir 1,500 hadir

Sebanyak 25 lagu dibawakan antaranya Kucing Hitam, Capital E, 'Burn it Down' dan Hilang.

KUALA LUMPUR, 11 November- Hampir 1,500 peminat hadir menyaksikan konsert 'Bittersweet: Years Of Sing and Shout' pada Sabtu lepas.

Kumpulan tempatan itu dianggotai Hafizan dan Herri sememangnya memberi persembahan bertenaga kepada para peminat yang hadir.

Sebanyak 25 lagu dibawakan antaranya Kucing Hitam, Capital E, 'Burn it Down' dan Hilang.

Malah, para peminatnya turut mengharapkan ini bukanlah konsert terakhir mereka.

"Saya merasakan konsert malam ini terbaik," kata peminat, Aman.

"Konsert malam ini saya akan bagi 10 bintang. Memang terbaik," kata peminat, Addin.

"Terima kasih Bittersweet untuk memori ini," kata peminat, Alif.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM