KUALA LUMPUR, 11 November- Lebih 1,800 peminat hadir menyaksikan konsert Tujuh Vibrato Gitar di Zepp Kuala Lumpur, pada Jumaat lepas.
Konsert tersebut menampilkan barisan hebat 'guitar hero' iaitu Joe Branko, Kid Search, Man Keedal, Shah Slam, Jemboo, Muzza dan Anis Kalisa yang berjaya memukau peminat dengan petikan gitar mereka.
Persembahan itu turut diiringi kumpulan Barbarik serta nyanyian daripada penyanyi rock popular, Datuk Hattan, Muss dan Lan Solo.
Antara lagu yang dibawakan adalah Hati Emas, Biarkan Berlalu,Tiada Lagi Aku, Kenangan Bersamamu dan Dari Kacamata.
Joe Branko selaku penganjur konsert ternyata berpuas hati dengan penerimaan para peminat muzik dan berterima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi peminat.