JOHOR BAHRU, 20 Disember- Yayasan Warisan Johor (YWJ) berkolaborasi dengan Rabbani Empire Resources, menganjurkan Konsert 25 tahun `Simponi Kesyukuran Rabbani’ di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor Bahru.
Konsert itu akan diadakan pada 30 Disember ini bermula pukul 8.30 malam.
Penganjurannya bertujuan meningkatkan kefahaman, kesedaran terhadap genre nasyid, serta menanam jati diri masyarakat menerusi bait–bait dalam lirik lagu disampaikan.
Anggota Rabbani, Azadan Abdul Aziz berkata, "konsert berlangsung selama dua jam itu, juga menampilkan artis jemputan, Mawi, Hijaz, Daqmie, Dinie Juri,
dan Aeydan, melibatkan pelbagai segmen."
Antaranya; "Segmen Pembukaan Rabbani dengan konsep Andalusia, seterusnya nostalgia NadaMurni, Kebangkitan Nasyid dan Penghormatan.
"Selain itu, mengandungi tarian Sufi Munajat, dan Sajak Pertarungan."
(Sidang media Konsert 25 tahun Rabbani)
Konsert tersebut disifatkan sebagai penanda aras bagi kategori irama nasyid, khususnya di Malaysia selain hiburan mendidik jiwa.
Rabbani komited, memberikan persembahan terbaik, serta memberi suntikan rohani kepada peminat.
"Bagi kami kumpulan Rabbani kami memang akan merancang untuk kebaikan kami, dan peminat. Jadi kita cuba buat terbaik, itu antara formulanya, kami tak fikir pasal orang lain. Kami tidak berfikir nak bersaing dengan sesiapa, kita ada cara kita tersendiri," katanya semasa sesi raptai konsert di Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru.
Masyarakat juga dapat menghargai nilai–nilai dalam irama nasyid, selain mewujudkan kesedaran dalam memupuk semangat perpaduan, dan menyemarakan
keharmonian di Johor.
Tiket konsert dijual pada harga bermula RM58, RM88, RM128 dan RM188.