KUALA LUMPUR, 25 Disember- Konsert Barbarik-Pentas Keras yang berlangsung pada Sabtu diibaratkan penutup yang sempurna tahun 2022 bagi industri rock negara.
Menampilkan dua ikon rock tersohor iaitu gitaris daripada bekas kumpulan Wings, Joe Branko bergabung dengan penyanyi, Muss berjaya mengembalikan nostalgia rock zaman 80-an dan 90-an yang amat dirindukan peminat.
Sambutan hangat diterima pada konsert rock tersebut apabila kira-kira 3,000 peminat rock memenuhi ruang legar Zepp KL.
Antara lagu yang dinyanyikan termasuk Biru Mata Hitamku, Keris Tak Bersarung, Blues Ular Sawa, Mayang Sulit, Penunggu dan banyak lagi.
Konsert Barbarik Pentas Keras tersebut turut menampilkan artis jemputan iaitu penyanyi kumpulan XPDC, Mael yang berduet dengan Muss menyanyikan lagu Nasib Kita.
Manakala bekas penyanyi Wings, Mel turut berduet dengan penyanyi kelahiran Perak itu dengan lagu Saputangan dan Semalam Yang Hangat serta Asheed Def-Gab-C dengan lagu Singa dan Harimau.
Selain Joe Branko dan Muss, konsert itu turut diiringi pemuzik hebat seperti Ainol (dram), Rozaimee (bass) serta Adi (keyboard) yang berjaya memukau peminat.
(Joe Branko)