fb fb fb fb fb

Kim Swee belum berpuas hati prestasi pemain dibawahnya

KOTA KINABALU, 14 Mac - Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee tidak mahu semua anak buahnya terlalu selesa dengan kemenangan 2-0 menewaskan Respect FC, dalam perlawanan Piala FA semalam.

Jelas beliau, fokus pasukan kini tertumpu pada aksi Liga Super menentang Melaka United pada 5 April ini.

Menurut Kim Swee, kemenangan pada aksi semalam adalah sesuatu yang baik untuk pasukan.


(Sabah FC menang 2-0 menewaskan Respect FC)



Bagaimanapun, beliau masih belum berpuas hati dengan prestasi pemain terutama keserasian antara mereka.

Dalam perlawanan di Stadium Likas, Sabah FC membuka tirai jaringan menerusi pemain tengah Ummareng Bacok pada minit ke-50.

Gol kedua perlawanan diperoleh menerusi pemain pertahanan Nazirul Naim Che Hashim yang memanfaatkan hantaran cantik daripada pemain import Park Tae-soo pada minit ke-85.

 

Media Baharu