fb fb fb fb fb

Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022: Pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing mengegarkan aksi

SEPANG, 14 Mac - Pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing mengegarkan aksi pembuka tirai perlumbaan musim ini apabila meraih kedudukan 1-2 kategori CP150 menerusi Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022.

Gelaran Juara menjadi milik Ahmad Afif Amran manakala rakan sepasukannya, Md Izzat Zaidi Md Salehan meraih tempat kedua.

Dalam perlumbaan tersebut, strategi dan keserasian rakan sepasukan merupakan aspek penting bagi mengekalkan momentum hingga keakhir perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang.

(Afif Amran bercakap kepada pemberita ketika Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 di Sepang)


"Memang kita dah jangkakan kalau trek besar sesiapa pun boleh menang. Yang duduk di belakang pun boleh sampai depan dalam dua tiga lap macam tu. Yang penting bagi saya lima lap terakhir memang saya dah bincang dengan Izzat macam mana apa semua, dan saya mengorak langkah ke hadapan mengeluarkan gap yang begitu selamat sikit untuk saya atur strategi lap terakhir la," kata Afif di sini.

Sepanjang perlumbaan berlangsung dua pelumba tersebut diberikan tentangan sengit namun berjaya mengekalkan kedudukan di selekoh terakhir.

Tempat ketiga menjadi milik pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor yang diwakili Md Haziq Md Fairues.

Sementara itu, bekas Pelumba Moto 2 negara,Khairul Adham Pawi atau lebih dikenali Superkip berjaya menghabiskan perlumbaan di tempat ke-18.

 

Media Baharu