fb fb fb fb fb

Gandingan Sze Fei-Nur Izzuddin juara Terbuka Jerman

KUALA LUMPUR, 14 Mac - Beregu badminton lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani membawa berita gembira apabila muncul juara Terbuka Jerman.

Lebih manis, ia merupakan gelaran sulung mereka dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300.

Sze Fei dan Nur Izzuddin mengesahkan kejuaraan selepas menewaskan pasangan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dengan keputusan 23-21, 16-21, 21-14.

Persaingan sengit menyaksikan gandingan negara yang menghuni ranking ke-17 dunia itu saling mengejar mata sebelum lawan mereka terpaksa akur dengan kekalahan pada set penentuan.

Kali terakhir pasangan negara mara ke perlawanan akhir adalah pada Masters Malaysia 2017 apabila Sze Fei-Nur Izzuddin muncul naib juara selepas tewas kepada Berry Angriawan dan Hardianto dari Indonesia.

(Sze Fei-Nur Izzuddin juara Terbuka Jerman)

Kejayaan kali ini dilihat bakal menjadi pembakar semangat kepada kedua-duanya yang bakal beraksi dalam kejohanan Seluruh England 2022 di Birmingham pada 16 Mac.

Mereka dijadual memulakan cabaran menentang He Ji Ting dan Tan Qiang dari China dalam pusingan pertama.

Media Baharu