KUALA LUMPUR, 13 April- Bekas pemain wanita nombor satu dunia, Kim Clijsters sekali lagi mengumumkan persaraannya daripada karier tenis profesional.
Ini kali ketiga Clijsters mengumumkan persaraannya.
Menurut Clijsters, dia telah membuat keputusan untuk tidak lagi beraksi dalam kejohanan rasmi.
Pada 2007, pemain Belgium itu mengumumkan persaraannya buat kali pertama sebelum kembali semula pada 2009.
Penampilan kali pertama itu menyaksikan dia memenangi dua gelaran Terbuka Amerika Syarikat berturut-turut pada 2009 dan 2010 sebelum bergelar juara Terbuka Australia pada 2011.
(Ini kali ketiga Clijsters mengumumkan persaraannya/ AFP)
Pada 2012, Clijster sekali lagi megumumkan persaraannya sebelum melakukan penampilan semula pada Februari 2020 ketika usianya mencecah 36 tahun.
Aksi pertama pada penampilan semula kali kedua itu adalah dalam Kejohanan Tenis Bebas Cukai Dubai yang menyaksikan dia tewas kepada Garbine Muguruza.
Aksi terakhir Clijsters adalah ketika dia kalah di tangan Katerina Siniakova pada pusingan pertama Indian Wells, Oktober lalu. -AFP