LOS ANGELES, 24 Mei- Bintang American Idol, Kelly Clarkson dan bekas suaminya Brandon Blackstock telah memutuskan untuk menamatkan perselisihan mereka mengenai tuntutan yuran pengurusan yang dikenakannya ke atas penyanyi tersebut.
Pada bulan Mac, bekas suami Kelly telah diperintahkan untuk membayar AS$2.6 juta selepas dia didakawa mengenakan komisen ke atas perjanjian perniagaan yang dia tidak dilesenkan dengan betul.
Brandon menafikan setiap dakwaan dan meminta kes itu ditolak. Kelly kemudian memfailkan lebih banyak dokumen mengatakan dia berhutang lebih banyak wang.
Kini, pasangan itu mencapai kata sepakat untuk menolak kes tersebut. Peguam masing-masing memfailkan permintaan untuk menolak semua tindakan dan petisyen yang mereka buat dalam kes itu, menurut dokumen yang diperoleh The Blast.
Dokumen mahkamah mencatatkan bahawa pasangan itu setuju untuk penyelesaian tetapi jumlahnya tidak didedahkan secara terbuka.
Kedua-dua pihak meminta supaya tuntutan mahkamah itu ditolak dengan prejudis, bermakna kedua-dua pihak tidak akan dapat memfailkan semula, dan pertikaian telah selesai.
Kelly dan Brandon berkahwin pada 2013 tetapi berpisah pada 2020, dengan perceraian mereka dimuktamadkan pada 2022.
Mereka mempunyai seorang anak perempuan River Rose, sembilan tahun dan seorang anak lelaki Remington "Remy" Alexander, lapan tahun.-AFP