fb fb fb fb fb

Panggung Seni Tradisional, lima persembahan diadakan tahun ini

Rosnan Nordin

KUALA LUMPUR, 25 Mei- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negara (JKKN) membuka tirai Panggung Seni Tradisional (PST) 2024.

Lima persembahan akan diadakan tahun ini bersempena PST2024 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan dan Kesenian) Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Rosnan Nordin, pihaknya membuka ruang dan peluang kepada peminat seni untuk membuat persembahan.

"JKKN sekadar membantu dan kita meletakkan polisi, dan kita memberi ruang, tempat..dan kita membantu mereka daripada segi ruangan.

"Promosi pun bawah kita, kita bantu mereka promosi..jadi kita bantu dan kita juga menyediakan ruang duit yang begitu banyak untuk mereka cari dana lagi," katanya kepada pemberita di sini.

Tambahnya, semua tiket persembahan PST2024 yang bermula semalam dan hari ini telah habis terjual.

 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM