fb fb fb fb fb

Saluran khas 24 jam #Malaysia4Palestine platform selebriti tunjuk solidariti

Penyanyi, Zizi Kirana dan Kaka Azraff tampil menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin menerusi saluran #Malaysia4Palestine

KUALA LUMPUR, 25 Mei- Saluran khas #Malaysia4Palestine yang ditayangkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) menjadi platform terbaik bagi selebriti menyuarakan bantahan mereka terhadap konflik di Gaza.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, saluran itu juga memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat tentang krisis kemanusiaan yang dialami rakyat Palestin akibat pendudukan haram Israel.

"RTM mengucapkan terima kasih kepada Astro yang menjemput RTM untuk sama-sama menayangkan rancangan istimewa ini... ramai karyawan dan artis dapat menyuarakan bantahan mereka terhadap kecaman Israel dan menyokong perjuangan Palestin dengan cara mereka yang tersendiri.

"Sama-samalah kita berdoa satu hari nanti Palestine akan terus bebas," katanya kepada pemberita di sini.

Datuk M. Nasir, Alif Satar, Sepahtu Reunion, Anna Jobling, Mira Filzah, Kaka Azraff dan Zizi Kirana antara selebriti dan personaliti terkenal tanah air yang bergabung tenaga untuk tampil di saluran tersebut

Ia turut menampilkan Datuk Aznil Haji Nawawi, Lisa Surihani, Dr. Soo, Denes Kumar dan ramai lagi.

Bukan itu sahaja, saluran #Malaysia4Palestine akan turut mengumpul dana untuk Palestin melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).

Saluran khas tersebut, dengan sajian pelbagai segmen ditayangkan selama 24 jam bermula hari ini (25 Mei) di RTMKlik (RTM), Saluran Astro 111, Astro GO dan Sooka tanpa caj tambahan.

2505 KP PALESTIN 24JAM
Suhaimi Sulaiman

ARTIKEL BERKAITAN
Malaysia4Palestine, syarikat penyiaran dan lebih 100 selebriti sertai solidariti
Saluran 24 jam Malaysia4Palestin pupuk kesedaran krisis kemanusiaan di Palestin

SITI AISHAH MD ISA